My Add

Wednesday 12 September 2012

Dakwaan pelajar tidak dibenar ambil UPSR tidak benar

KUALA LUMPUR, RABU, 12 September, 2012: Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud menyifatkan sebagai tidak benar dan tidak berasas dakwaan seorang bapa bahawa anaknya dilarang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) oleh guru besar.

Sebaliknya, beliau berkata, siasatan Jabatan Pelajaran Selangor mendapati pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1) Bukit Beruntung, Rawang, itu gagal hadir ke sekolah pada hari peperiksaan.

Katanya, siasatan juga mendapati pelajar itu tidak hadir ke sekolah untuk beberapa hari sebelum itu.

Peperiksaan UPSR bermula semalam.

"Pihak sekolah tidak menghalang pelajar itu menduduki peperiksaan. Rekod sekolah menunjukkan dia tidak hadir pada hari peperiksaan pertama walaupun Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SUP) telah memaklumkan kepada pelajar untuk hadir," katanya mengulas laporan akhbar hari ini mengenai perkara itu.

Abd Ghafar ditemui selepas menemani Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meninjau perjalanan peperiksaan UPSR membabitkan 89 pelajar di Sekolah Kebangsaan Sultan Hisamuddin Alam Shah di sini.

Abd Ghafar menjelaskan kementerian setiap tahun menghantar surat peringatan kepada semua sekolah di seluruh negara supaya membenarkan pelajar menduduki UPSR, seperti yang tercatat dalam Pekeliling Lembaga Peperiksaan.

Beliau berkata, kementerian setakat ini menerima sembilan aduan berhubung dakwaan berlaku penyelewengan berkaitan peperiksaan UPSR.

"Semua aduan dan dakwaan itu disiasat oleh 'flying squad' Lembaga Peperiksaan dan didapati tidak berasas," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment