My Add

Tuesday 4 September 2012

Dua pelajar Malaysia maut, lima cedera dalam nahas di Rusia

Daripada GAMAL NASIR MOHD. ALI
VLADIVOSTOK, Rusia, ISNIN, 03 September, 2012: Dua pelajar Malaysia di Rusia terbunuh, manakala lima yang lain cedera dalam kemalangan jalan raya di wilayah Vladimirskaya dekat Moscow malam tadi (awal pagi ini waktu Malaysia).

Duta Malaysia di Rusia, Datuk Zainol Abidin Omar memberitahu, kesemua pelajar yang terbabit adalah pelajar wanita dan pelajar tajaan yang menuntut di Tahun 5 di Akademi Perubatan Negeri Nizhny Novgorod.

"Pelajar yang terbunuh ialah Hanisah Muhd. Shah, pelajar tajaan Mara dari Dungun, yang meninggal dunia di tempat nahas, manakala Adzreen Binyati, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dari Putrajaya pula meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

"Lima pelajar yang cedera ialah Siti Nadiah Abdullah Sani, Nurul Amirah Mohd. Nor, Nor Hidayah Jailuddin, Nur Liyana Kamarul Bahrin dan Siti Romeza Abdul Raza.

"Mereka semua dalam keadaan tidak kritikal serta sedar, dan sedang menerima rawatan di Hospital Viyazniky di wilayah Vladimirskaya," jelasnya pada sidang akhbar di sini malam ini.

Beliau berkata, kemalangan yang membabit dua bas berlaku di Vladimirskaya, kira-kira 120 kilometer dari wilayah Nizhny pada pukul 11 malam 2 September.

Katanya, pelajar tersebut, yang baru pulang dari cuti semester di Malaysia, dalam perjalanan dari Moscow ke Nizhny. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment