My Add

Sunday 9 September 2012

Gadis Kristian bakar Quran dibebaskan

ISLAMABAD, AHAD, 09 September, 2012: Seorang gadis perempuan Kristian yang dituduh membakar al-Quran, dibebaskan semalam dengan ikat jamin selepas lebih tiga minggu dipenjarakan di sebuah penjara di di Rawalpindi, Pakistan.

Rimsha Masih, ditahan pada 16 Ogos lalu atas tuduhan membakar kertas yang mengandungi ayat al-Quran namun kelmarin, mahkamah membenarkan dia dibebaskan dengan ikat jamin.

Menteri Keharmonian Kebangsaan, Paul Bhatti berkata, Rimsha terpaksa dibawa menggunakan helikopter atas tujuan keselamatan ketika dihantar kepada keluarganya. - AFP

No comments:

Post a Comment