My Add

Friday 21 September 2012

Jangan terpukau dengan pujian - Ketua Hakim Negara

PUTRAJAYA, JUMAAT, 21 September, 2012: Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria berpesan kepada para pegawai kehakiman agar jangan sesekali terpukau dengan pujian atau `panas hati’ dengan kritikan yang dilontarkan oleh pihak-pihak tertentu berhubung keputusan yang dicapai dalam satu-satu kes.

Beliau berkata, selagi keputusan itu berpaksi kepada prinsip perundangan dan kedaulatan undang-undang, selagi itu maruah dan integriti para hakim akan terpelihara.

Menurut Arifin, para hakim harus sentiasa berani membuat keputusan dengan bebas berlandaskan undang-undang tanpa perasaan gentar mahupun menyebelahi mana-mana pihak.

``Menjadi lumrah dalam sesuatu pertikaian di mahkamah ada yang menang dan kalah. Ini menyaksikan adanya pujian dan kritikan bagi setiap keputusan, tidak kira bagaimana sekali pun kes itu diputuskan,’’ ujar beliau.

Arifin berucap demikian pada upacara angkat sumpah jawatan dan taat setia dua hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof, 63, dan Mah Weng Kwai, 63, di Istana Kehakiman di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment