My Add

Tuesday 11 September 2012

Kajian semula pendidikan: Pakar asing kagum

*MUHYIDDINYassin bersalaman dengan Byong Man Anh di pejabat Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya, semalam. Turut hadir Abdul Ghafar Mahmud (kiri), dan Profesor Lee Sing Kong. - Utusan/HANAFI KHAMIS

PUTRAJAYA, ISNIN, 10 September, 2012: Pakar pendidikan antarabangsa yakin laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang dilancarkan esok mampu untuk melonjakkan sistem pendidikan negara ke tahap prestasi tinggi.

Bekas Menteri Pelajaran, Sains dan Teknologi Korea Selatan, Dr. Byong Man Ahn dan Pengarah Institut Pendidikan Kebangsaan Singapura, Profesor Lee Sing Kong juga kagum dengan penyediaan laporan tersebut kerana mengambil kira pandangan pelbagai pihak.

"Kajian ini bukan sahaja mendapat pandangan pakar pendidikan semata-mata tetapi juga ibu bapa, pihak-pihak berkepentingan malahan pelajar sendiri.

"Projek kajian semula ini adalah sangat teliti dengan merangkumkan soal intelektual dan pendekatan saintifik, kita tidak pernah melakukan benda seperti ini di Korea Selatan," kata Byong Man Ahn yang juga Naib Pengerusi Majlis Penasihat Presiden Mengenai Pendidikan, Sains dan Teknologi di Korea Selatan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menemui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud.

Byong Man Ahn dan Sing Kong merupakan ahli dalam Panel Penilaian Antarabangsa Mengenai Kajian Semula Pendidikan Malaysia.

Dalam pada itu, Sing Kong berkata, laporan pendidikan yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak esok merupakan hasil kajian dan analisis yang mendalam.

"Banyak analisis data dan situasi telah dilakukan untuk membolehkan kedudukan sedia ada serta matlamat pada masa depan dijelaskan, ia sekali gus membantu kita menentukan usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat itu.

"Kini kita memerlukan satu pelan pelaksanaan yang bersepadu bagi mencapai sasaran yang ditetapkan serta memenuhi keperluan abad ke-21," katanya.

Tambah Sing Kong, kerajaan semasa menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah mengambil kira input daripada sistem-sistem pelajaran berprestasi tinggi dari luar negara.

"Ahli-ahli Panel Penilaian Antarabangsa telah membawa cadangan daripada sistem pendidikan berprestasi tinggi, kita akan terus memberi maklum balas dan cadangan selepas ini," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment