My Add

Wednesday 12 September 2012

Kenaikan insurans motosikal berkuasa tinggi membebankan

JOHOR BAHRU, RABU, 12 September, 2012: Persatuan Superbiker Malaysia (SAM) meminta Kementerian Kewangan mengambil tindakan terhadap syarikat insurans yang menaikkan harga perlindungan insurans bagi motosikal berkuasa tinggi.

Presidennya, Datuk Abdul Halim Sulaiman berkata, kenaikan insurans motosikal berkuasa tinggi itu membebankan kerana ia melonjak sehingga 30 peratus pada tahun ini.

Bercakap pada sidang media di sini hari ini, beliau berkata, tindakan syarikat insurans terbabit turut memberi kesan terhadap kedudukan industri motosikal berkuasa tinggi di negara ini, dengan kebanyakan peminatnya mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum membeli motosikal berkuasa tinggi.

SAM, katanya yang mempunyai kira-kira 6,000 anggota di seluruh negara, turut kecewa dengan tindakan syarikat insurans yang enggan memberi perlindungan insurans terhadap motosikal berkuasa tinggi yang sudah selesai membayar pinjaman bank.

Abdul Halim berkata ramai di kalangan ahli persatuan itu dan pemilik motosikal berkuasa tinggi menghadapi masalah mendapatkan perlindungan insurans dengan majoriti syarikat insurans menolak permohonan mereka dengan alasan berisiko tinggi.

"Ramai di kalangan pemilik motosikal berkuasa tinggi benar-benar kecewa dengan syarikat insurans yang enggan membenarkan mereka mendapatkan perlindungan insurans terhadap motosikal mereka. Ia amat tidak adil," kata beliau. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment