My Add

Sunday 23 September 2012

Kerajaan Pahang batal bekalan air ke Selangor

Oleh ALI MAHMOOD
BENTONG, AHAD, 23 September, 2012: Kerajaan Negeri Pahang akan membatalkan bekalan air mentah ke Selangor jika kerajaan negeri itu tidak membenarkan pembinaan projek Loji Bekalan Air Langat Dua diteruskan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, perkara itu akan dilaksanakan jika Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim terus berdegil dengan tidak membenarkan pembinaan logi tersebut.

"Walaupun sudah bertukar kerajaan, Menteri Besar Selangor sekarang sepatutnya menghormati perjanjian bekalan air mentah ke negeri itu dan juga Putrajaya serta Kuala Lumpur.

“Saya berharap kerajaan Selangor tidak menjadikan bekalan air mentah itu sebagai isu politik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mini Maha 2012 dan Jelajah Kesihatan Peringkat Daerah Bentong di Dataran Bentong di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment