My Add

Thursday 13 September 2012

Khalid Ibrahim tak hadir debat


*PENYOKONG Chua Tee Yong dan Khalid Ibrahim saling tolak menolak semasa majlis debat berhubung isu Talam Corporation Bhd di Kompleks Belia Antarabangsa di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, malam tadi. - UTUSAN/Ghazali Basri

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA 
dan TERMIZI CHE ANUAR
KUALA LUMPUR, RABU, 12 September, 2012: Debat terbuka antara Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sepatutnya menjadi medan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menjelaskan skandal Talam Corporation Berhad (Talam) tidak menjadi kenyataan kerana Menteri Besar itu tidak hadir.

Walaupun debat itu diadakan di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) yang terletak di Bandar Tun Razak iaitu kawasan Parlimen yang diwakili Abdul Khalid sendiri, Menteri Besar berkenaan dilaporkan berada di Bangkok, Thailand meskipun sedia maklum mengenai debat tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment