My Add

Wednesday 5 September 2012

Kumpulan Utusan perlu terus cambah pemikiran rakyat - TPM

KUALA LUMPUR, SELASA, 04 September, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap peranan besar Kumpulan Utusan dalam mencambahkan pemikiran rakyat dapat diteruskan.

Jelas beliau, Kumpulan Utusan menerusi akhbar Utusan Malaysia telah banyak memberi sumbangan dalam membantu menyebarkan pemikiran rakyat negara ini.

"Saya berharap dengan semangat Aidilfitri ini, warga Utusan akan terus bekerja keras dan berusaha bersungguh-sungguh membentuk pemikiran rakyat," katanya pada Majlis Aidilfitri Korporat Kumpulan Utusan di sini hari ini.

Hadir sama ialah isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Muhyiddin turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga Kumpulan Utusan dan berharap kejayaan yang dicapai akan berterusan.

"Terima kasih di atas sokongan yang diberikan kepada negara dan saya berharap warga Utusan akan terus meningkatkan usaha itu," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment