My Add

Monday 3 September 2012

Lebih 7,000 warga Riau dirawat Malaysia setiap bulan

JAKARTA, AHAD, 02 September, 2012:Lebih 7,000 penduduk dari pelbagai daerah dan kawasan perbandaran di Riau ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan perubatan pada setiap bulan, kata Konsul Malaysia di Riau, Azizan Ismail.

"Walaupun bilangan pelancong Indonesia cenderung menurun setiap tahun, jumlah penduduk Riau yang pergi ke Malaysia untuk mendapat rawatan perubatan terus sahaja meningkat,” katanya di Pekanbaru semalam.

Beliau berkata, mereka mendapatkan rawatan di beberapa pusat perubatan di Malaysia seperti Hospital Pantai, Hospital Putra dan Hospital Mahkota di Melaka.

Pelancong perubatan dari Riau ke Malaysia kini menjadi rutin bulanan dan perkembangan ini sekaligus menunjukkan hubungan yang amat akrab antara Melaka dan Riau.

Dalam perkembangan berkaitan, Azizan meramalkan pelancong perubatan ini akan terus meningkat dengan adanya kemudahan perkhidmatan penerbangan harian Riau-Melaka yang disediakan beberapa syarikat seperti AirAsia, Firefly, Wing’s Air dan Lion Air.

Sementara itu, Gabenor Riau HM Rusli Zainal berkata hubungan Riau dan Malaysia sangat harmoni pada masa ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment