My Add

Sunday 23 September 2012

MITI promosi sekolah antarabangsa - Mustapa

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
KOTA BHARU, AHAD, 23 September, 2012: Kementerian Perdagangan Antarabangsa
dan Industri (MITI) akan mempromosikan sekolah-sekolah antarabangsa
di negara ini bagi meyakinkan pelabur asing untuk melabur di Malaysia.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, langkah tersebut penting untuk memberi keyakinan kepada para pelabur bahawa Malaysia mampu menyediakan pendidikan terbaik kepada anak-anak mereka.

"Untuk menarik pelabur dan sebagainya ini adalah salah satu daya tarikan kerana yang mustahak di mana-mana negara adalah satu sistem pendidikan kelas pertama.

"Sistem pendidikan yang berkualiti tinggi ini maksudnya mempunyai pelajar terbaik dan tenaga pengajar terbaik maka ini memanglah sesuatu yang pelabur mahukan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita ketika menghadiri program Hari Terbuka Antarabangsa 2012 Sekolah Tinggi Wadi Sofia (STWF) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment