My Add

Wednesday 12 September 2012

Pegawai imigresen jejak ayah kandung terpisah sejak 32 tahun lalu

BESUT, SELASA, 11 September, 2012: Seorang pegawai imigresen, Azilawati Md Ghazali meminta kerjasama orang ramai untuk menjejaki ayah kandungnya yang terpisah sejak beliau dilahirkan, 32 tahun lepas.

Azilawati kini berkhidmat di Johor Baharu, Johor berkata ayah kandungnya Md Ghazali Ali, 56, pernah tinggal di Jalan Hamzah, Kota Baharu, Kelantan dan usaha pencarian ayah kandungnya itu penting bagi melicinkan urusan pernikahannya pada 25 September ini.

"Saya tidak pernah mengenali beliau kerana sejak dilahirkan, saya diserahkan kepada seorang ibu angkat, Mek Embong Lebar, 55, di Kampung Jabi dekat sini," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata keluarga angkatnya kini tinggal di Perumahan Awam Pelagat 3, Seberang Jerteh di sini dan mereka sebelum ini turut berusaha menjejaki ayah kandungnya di merata tempat, terutamanya di Kelantan.

Azilawati berharap, individu yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Md Ghazali boleh menghubungi Wan Mohamad Ibrahim, 53, yang juga ayah angkatnya menerusi talian 019-9304886. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment