My Add

Monday 10 September 2012

Peminjam PTPTN disenarai hitam dilarang ke luar negara

TEMERLOH, ISNIN, 10 September, 2012: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengambil tindakan menyenaraihitamkan peminjam tabung itu setelah mereka dikenakan tindakan saman atau surat tuntutan (LOD).

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamad Said berkata, langkah itu akan menyaksikan tindakan dikenakan terhadap peminjam termasuk melarang mereka ke luar negara mengikut peruntukan Seksyen 22A, Akta PTPTN 1987.

Jelasnya, sehingga 31 Julai lalu, sebanyak 104,983 saman dihantar kepada peminjam atau penerima yang ingkar menjelaskan bayaran balik pinjaman tersebut.

“Tindakan ini hanya akan diambil terhadap peminjam atau penerima yang terus berdegil dan enggan membayar hutang walaupun diberikan amaran setelah beberapa kali dipanggil berunding serta diberikan peluang menyelesaikan pinjaman tersebut.

“Mulai Ogos 2008 hingga akhir Julai tahun ini juga, PTPTN telah menyenaraihitamkan dan melarang seramai 132,801 peminjam ke luar negara melalui kerjasama Jabatan Imigresen membabitkan tunggakan hutang berjumlah RM2.11 bilion," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan beliau bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad di Padang Kampung Pulau Pasir Mandi, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment