My Add

Wednesday 5 September 2012

Perkenal semula sistem on-call

Oleh THOMAS CHONG
PUTRAJAYA, SELASA, 04 September, 2012: Sistem on-call di hospital awam mungkin diperkenalkan semula selepas mengambil kira beberapa kebaikannya termasuk kemampuan sistem tersebut melatih ketabahan doktor pelatih dan pegawai perubatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, berikutan itu, pihaknya akan mengkaji kemungkinan melaksana sistem hibrid yang menggabungkan sistem on-call dengan sistem syif yang sedang dilaksanakan di hospital.

"Walaupun sistem syif telah menggantikan sistem on-call bagi meringankan beban doktor pelatih, tetapi kita masih mendengar rungutan mengenai sistem ini.

"Keadaannya sama seperti semasa kita melaksanakan sistem on-call apabila banyak aduan dibuat mengenai sistem tersebut. Jadi Kementerian Kesihatan mahu mewujudkan sistem hibrid yang membolehkan sistem berbeza untuk jabatan berlainan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment