My Add

Monday 3 September 2012

PETEH mahu pemain khianat pasukan Terengganu disingkir

wan mohd azmi wang ngah.
Wan Mohd Azmi  
KUALA TERENGGANU, ISNIN, 03 September, 2012:: Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu (PETEH) mendesak Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengambil tindakan tegas terhadap pemain yang 'khianat' kepada pasukan.

Setiausahanya, Wan Mohd Azmi Wan Ngah, berkata ini termasuk menyingkir pemain yang tidak berdisiplin dan setia.

"Kita desak PBNST tidak perlu lagi menyimpan pemain seumpama ini kerana pasukan Terengganu akan lebih teruk sekiranya semakin lama pemain sedemikian disimpan," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pemain yang tidak jujur bukan sahaja memalukan rakan sepasukan mereka tetapi juga merosak reputasi kerajaan negeri yang begitu komited dengan pembentukan kecemerlangan pasukan Terengganu.

Pada masa sama, PETEH mahu pihak jurulatih atau pegawai PBSNT tidak sewenang-wenang membuat kenyataan berunsur negatif mengenai pasukan kepada media.

Terengganu dilanda kontroversi termasuk mengenai masalah antara pemain dengan jurulatih dan pergaduhan pemain dengan pasukan lain dalam kejohanan Piala Malaysia yang sedang berlangsung. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment