My Add

Wednesday 26 September 2012

Pilihan raya kampus: Proaspirasi menang besar di USM

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
PULAU PINANG, RABU, 26 September, 2012: Kumpulan proaspirasi mencatat kemenangan besar apabila memenangi 25 daripada 29 kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya kampus bagi Universiti Sains Malaysia (USM) selepas keputusan diumumkan sebentar tadi.

Keputusan itu menjadikan kumpulan proaspirasi menguasai 40 daripada 45 kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang ditawarkan termasuk menang tanpa bertanding 15 kerusi pada hari penamaan calon.

Keputusan itu menyaksikan proaspirasi melebarkan penguasaan berbanding 24 kerusi yang dimenangi pada PRK 2010-2011. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment