My Add

Wednesday 12 September 2012

PRU13: Selangor tidak akan ikut Pusat

SPR tidak akan halang 

NURUL AINI MOHAMED ALI
PETALING JAYA, RABU, 12 September, 2012: Pakatan Rakyat (PR) sebulat suara memutuskan bahawan Selangor tidak akan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) negeri serentak jika Barisan Nasional (BN) membubarkan Parlimen tahun ini.

Perikatan itu memutuskan demikian atas alasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih enggan membersihkan daftar pengundi yang menurutnya meragukan.

Menurut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, PR menjangkakan PRU13 akan diadakan awal November ini.

"PR telah berbincang dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kami bersetuju Selangor tidak akan mengadakan PRU13 bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Mandat semasa Kerajaan Pusat akan berakhir penghujung April depan.

Anwar menambah, SPR masih gagal untuk membersihkan nama daftar pengundi walaupun didesak beberapa kali oleh PR.

"Walau bagaimanapun, pihak kamai (PR) sudah bersiap sedia untuk menawan PRU13 dan bersedia untuk ambil alih pentadbiran Putrajaya," katanya.

Namun demikian, pihaknya tetap menghormati keputusan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam, yang mengumumkan bahawa akan mengadakan PRU13 jika Parlimen dibubarkan.

"Kita tetap hormat keputusan beliau. Tetapi kita dapati ada ratusan nama pengundi yang belum lagi disahkan SPR," tegasnya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali turut berkata, SPR jelas menunjukkan yang mereka tidak bersedia untuk berbincang membersihkan daftar pemilih.

"Sepatutnya mereka tunjuk sikap positif untuk dengar suara hati rakyat. Jangan cakap saya ada penjelasan tetapi tiada sebarang tindakan dibuat," ulasnya.

Anwar menambah, Kedah juga tidak berbincang lagi untuk bersama atau tidak bagi menghadapi PRU13 bersama Kerajaan Pusat tetapi segala keputusan tidak menjadi masalah bagi pimpinan kanan PKR.

Selain Kelantan, Kedah dan Selangor, PR juga menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang.
  Abdul Aziz Yusof

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiada halangan jika Pakatan Rakyat (PR) mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (negeri berasingan jika Barisan Nasional (BN) membubarkan Parlimen tahun ini atas alasan badan pengendali pilihan raya itu masih belum membersihkan daftar pemilih.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR tidak boleh menghalang kerana ia dibenarkan dan tertakluk dalam undang-undang.

"Undang-undang dalam pilihan raya sendiri benarkan buat PRU secara berasingan, tetapi jika mahu teruskan mereka hanya boleh buat dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (Dun) saja," kata beliau kepada Sinar Harian Online, sebentar tadi.

Perikatan itu memutuskan demikian atas alasan SPR masih enggan membersihkan daftar pengundi yang menurutnya meragukan.

"PR telah berbincang dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kami bersetuju Selangor tidak akan mengadakan PRU13 bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan," katanya.

Aziz menambah, SPR hanya mahu memberi peringatan kepada PR berhubung kos perbelanjaan, yang akan meningkat sebanyak RM50 juta jika mereka mahu mengadakan pilihan raya secara berasingan.

Menurutnya lagi, SPR tidak akan menghalang kerajaan negeri Selangor kerana ia melibatkan Dun saja, tetapi tarikh rasmi PRU13 tetap berada di tangan SPR untuk menentukan. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment