My Add

Saturday 22 September 2012

Pusat jantung kanak-kanak IJN siap 3 tahun lagi

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 21 September, 2012: Pusat Jantung Kanak-Kanak dan Kongenital (PCHC), Institut Jantung Negara (IJN) yang sedang dibina dijangka siap sepenuhnya menjelang 2015, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Dr Mohd Azhari Yakub.

Beliau berkata, pusat itu, yang dibina bersebelahan bangunan IJN, bakal menjadi salah satu pusat pediatrik terbesar di Asia, selain daripada di China dan India.

Pusat itu sekali gus akan menjadi nadi utama kepada IJN untuk muncul sebagai sebuah pusat kecemerlangan global dalam bidang kardiovaskular dan torasik, katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran pusat itu oleh isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di sini hari ini.

Dr Mohd Azhari berkata, buat masa ini, pusat itu beroperasi sementara di wad kanak-kanak IJN yang dinaik taraf dengan meningkatkan bilangan katil daripada 30 kepada 52 dan menambah jumlah bilik rundingan dari enam ke 10 selain makmal ”non-invasif” untuk prosedur diagnostik.

"Selain itu tiga dewan bedah khusus turut diubah suai serta dinaik taraf dan dijangka beroperasi pada Disember ini,” katanya. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment