My Add

Wednesday 26 September 2012

Pusat pemulihan dadah tidak berdaftar rantai pesakit diserbu

KUALA TERENGGANU, SELASA, 25 September, 2012: Sebuah pusat pemulihan dadah persendirian yang merantai kaki penagih kononnya sebagai kaedah rawatan diserbu selepas salah seorang daripada penghuninya melarikan diri semalam.

Apa yang mengejutkan, sewaktu diserbu polis, pusat rawatan itu yang terletak di Kampung Merang, Setiu didapati tidak berdaftar malah tidak memiliki lesen untuk merawat dan memulih penagih dadah.

Kegiatan pusat pemulihan itu terbongkar selepas seorang penagih lelaki berusia 35 tahun melarikan diri kerana mendakwa tidak tahan dengan kaedah rawatan berbentuk 'penyeksaan' yang terpaksa dilaluinya selama berada di pusat itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, ketika melarikan diri dengan keadaan kaki dirantai, penagih itu terserempak beberapa penduduk berhampiran sebuah calet di Merang kira-kira pukul 6 petang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment