My Add

Thursday 13 September 2012

Putera William, isteri mula lawatan rasmi

Pasangan diraja Britain ke Sabah esok
Putera William, Catherine
*DUKE Of Cambridge, Putera William danDuchess Of Cambridge, Catherine tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) disini, hari ini.- Foto Bernama

SEPANG, KHAMIS, 13: Pasangan Diraja Britain, Putera William dan isteri, Catherine tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, bagi memulakan lawatan rasmi empat hari.

Malaysia adalah destinasi kedua selepas Singapura dalam lawatan selama sembilan hari pasangan diraja itu, ke negara Asia Tenggara dan Asia Pasifik bagi mewakili Ratu Elizabeth II bersempena sambutan 60 tahun pemerintahan baginda.

Ketika pasawat yang membawa pasangan diraja itu mendarat di KLIA pada tengah hari, sekumpulan jurugambar media menunggu dengan sabar di tempat laluan kereta diraja.

Media sebelum ini melaporkan kira-kira 100 wartawan dan jurugambar asing dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Jepun, Jerman, China, Perancis dan Indonesia tiba di negara ini bagi membuat liputan lawatan pasangan diraja itu.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Selasa lalu, lawatan itu bukan saja menandakan hubungan erat Malaysia dan United Kingdom, malah ia dijangka akan meningkatkan lagi hubungan mesra antara kedua-dua negara.

Pasangan diraja itu kemudiannya diiringi ke Putrajaya bagi mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana, sebelum menghadiri majlis makan tengah hari.

Orang ramai yang berkumpul di lapangan terbang turut mengambil kesempatan merakamkan gambar pasangan diraja Britain itu.

Pasangan diraja Britain, itu menghadiri majlis makan tengah hari yang dihoskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Seri Perdana.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Pasangan itu juga menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, dan menghadiri majlis santapan diraja di Istana Negara, malam ini.

Sepanjang lawatan ke negara ini, pasangan diraja itu akan melawat Hospis Malaysia, pertubuhan amal yang menawarkan penjagaan paliatif profesional kepada pesakit menghidap penyakit hayat terhad, Taman KLCC dan Lembah Danum, hutan hujan tropika utama, di Sabah.

Mereka dijadual berangkat ke Kepulauan Solomon Ahad ini, untuk meneruskan lawatan.

Sementera iti di KOTA KINABALU: Semua mata kini tertumpu kepada lawatan bersejarah pasangan diraja Britain Putera William dan Kate Middleton ke negeri di Bawah Bayu ini esok.

Rata-rata rakyat Sabah khususnya warga bandar raya Kota Kinabalu gembira dan teruja dengan berita kunjungan pasangan diraja itu yang bakal menjadi kenyataan.

Menurut mereka lawatan itu pasti memberi peluang kepada rakyat negeri ini untuk melihat atau menatap dari dekat wajah pasangan diraja yang terkenal itu.

"Sudah tentu peristiwa itu akan sentiasa dikenang oleh rakyat di negeri ini sampai berkurun-kurun... siapa tidak kenal pasangan diraja itu... ia adalah memori indah yang akan tersemat di setiap sanubari rakyat Sabah," kata Nirona Yon, pelajar tingkatan enam SM All Saints, dekat sini.

Katanya, lawatan William dan Kate adalah satu penghormatan kepada Sabah, dan rakyat negeri ini seharusnya berbangga kerana menjadi negeri pilihan sempena lawatan pasangan diraja itu ke rantau ini.

Mengikut atur cara program, selain bandar raya Kota Kinabalu, pasangan diraja itu dijadual melakukan lawatan ke Lembah Danum untuk melihat usaha pemuliharaan di salah satu hutan hujan tropika utama di Sabah.

Penjawat awam dari Sabah, Shaaron Aloysius, 36, menyifatkan bandar raya Kota Kinabalu ini sangat bertuuah kerana turut disenarai menjadi lokasi pilihan pasangan diraja yang terkenal itu.

"Ini menunjukkan Sabah terkenal hingga ke pelusuk dunia (England) dan usaha penyelidikan di Danum Valley menjadi tarikan pasangan berkenaan untuk menyaksikan sendiri pembabitan penyelidik yang turut dipercayai membabitkan universiti dari negara England itu," katanya.

Sehubungan itu, Shaaron meminta rakyat di negeri ini supaya tidak mensia-siakan keindahan khazanah alam sekitar yang ada untuk manfaat generasi akan datang.

Beliau yang berasal dari Penampang itu berkata, Sabah harus dikekalkan sebagai 'pintu masuk' pelancong yang terkemuka berikutan negeri ini mempunyai kepelbagaian destinasi pelancongan menarik.

Seorang peniaga restoran, Stephanie Albert, berkata kunjungan diraja itu pasti menggembirakan rakyat Sabah yang berpeluang melihat tetamu istimewa itu dari dekat.

Rakyat Sabah seharusnya sentiasa mensyukuri keamanan dan kemakmuran yang dikecapi kini memandangkan negeri ini semakin dikenali di mata dunia termasuk menyaksikan kedatangan pelancongan asing dan lawatan diraja ini,” katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment