My Add

Monday 10 September 2012

Rafizi fail permohonan ketepi tuduhan di bawah BAFIA

rafizi ramli
SHAH ALAM, ISNIN, 10 September, 2012: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli hari ini mengemukakan permohonan untuk mengetepikan tuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia) yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen di sini.

Mohd Rafizi, 35, memfailkan permohonan itu melalui peguamnya Latheefa Koya di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 9.30 pagi.

Latheefa, yang ditemui pemberita selepas memfailkan permohonan itu, berkata antara alasan permohonan itu, termasuk prosiding jenayah yang dihadapi Mohd Rafizi di Mahkamah Sesyen didakwanya merupakan satu penyalahgunaan kuasa oleh pihak pendakwaan, bersifat selektif dan bermotifkan politik.

Sementara itu di Mahkamah Sesyen, Hakim Aslam Zainuddin menetapkan 10 Okt ini untuk sebutan semula kes Mohd Rafizi dan kerani bank Johari Mohamad yang didakwa bersubahat dengannya.

Beliau menetapkan tarikh itu selepas peguam N.Surendran yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon tarikh sebutan baharu sementara menunggu permohonan Mohd Rafizi untuk mengetepikan pertuduhan itu didengar di Mahkamah Tinggi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment