My Add

Wednesday 12 September 2012

RapidKL mohon maaf gangguan LRT laluan Kelana Jaya

KUALA LUMPUR, RABU, 12 September, 2012 12: RapidKL hari ini memohon maaf berhubung gangguan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya berikutan kegagalan pintu skrin platform di stesen Kampung Baru, semalam.

Ketua Pegawai Operasi RapidKL LRT Kelana Jaya Line, Ahmad Nizam Mohd Amin, berkata insiden itu berlaku jam 8.08 pagi menyebabkan RapidKL terpaksa menukar kepada mode pemanduan secara manual bagi laluan terbabit dan sistem itu kembali sepenuhnya mengikut sistem operasi tren automatik (ATO) pada jam 9.37 pagi.

"Sistem pemanduan manual itu adalah proses perlahan dan oleh itu tren di lokasi lain terpaksa berada lebih lama di platform. Operasi di kawasan-kawasan lain adalah seperti biasa mengikut ATO," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berikutan masalah teknikal itu, perkhidmatan terganggu hampir satu jam 30 minit. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment