My Add

Wednesday 12 September 2012

ROS ketuai kajian tetapkan tindakan terhadap Suaram

KUALA LUMPUR, RABU, 12 September, 2012: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) akan mengetuai kajian untuk menetapkan tindakan ke atas Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang merupakan satu pertubuhan tidak berdaftar.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Mohd. Naim. Daruwish berkata, pihaknya dan lima agensi kerajaan lain bersetuju satu jawatankuasa khas wajar diwujudkan sekiranya perlu bagi mengenal pasti bentuk siasatan dan tindakan menyeluruh ke atas pertubuhan tersebut.

Kata beliau, dua faktor utama yang menyebabkan Suaram perlu disiasat secara lebih terperinci adalah kerana status pertubuhan itu mencurigakan dan wujud penyaluran dana asing melalui Suara Inisiatif Sdn. Bhd.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi menangani isu-isu berkaitan Suaram dan Suara Inisiatif.

Lima agensi yang turut menyertai mesyuarat tersebut adalah Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), ROS serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment