My Add

Tuesday 11 September 2012

Suaram: Soros salur RM0.5 juta



ISMAIL Sabri Yaakob bermesra dengan wakil-wakil pelajar yang menerima Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) di Auditorium Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/HAFIZ JOHARI

Oleh SHEILA RANI CHANDRASEKARAN
KUALA LUMPUR, ISNIN, 10 September, 2012: Open Society Institute yang diasaskan oleh penyangak mata wang, George Soros menyalurkan dana lebih AS$180,000 (RM558,556.92) kepada Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sepanjang tempoh 2007 hingga 2010.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berdasarkan siasatan, tempoh penerimaan dana tersebut adalah pada 2007, 2008 dan 2010.

"Melalui surat tawaran, Open Society Institute telah menyalurkan dana sebanyak AS$60,000 (RM186,144.11) pada 17 Oktober 2007, AS$68,775.65 (RM213,361.35) (18 Disember 2008), AS$60,000 (RM186,144.11) (12 Februari 2010) kepada Suaram. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment