My Add

Tuesday 25 September 2012

Tidak perlu pihak luar siasat isu pembelian RIV - Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, SELASA, 25 September, 2012: Kementerian Pertahanan tidak memerlukan siasatan oleh pihak luar berhubung isu pembelian Rapid Intervention Vehicle (RIV), kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, siasatan terperinci secara dalaman yang dijalankan sejurus selepas isu itu dibangkitkan Sultan Johor Sultan Ibrahim telah memadai bagi mencari punca kepada isu berkenaan.

"Maklumat awal hasil siasatan yang dijalankan telah pun saya peroleh dan setakat ini saya dapati kementerian tidak perlu kepada siasatan oleh pihak luar dalam mencari penyelesaian kepada isu ini," katanya mengulas mengenai perkembangan siasatan terhadap dakwaan Sultan Ibrahim mengenai perbezaan harga RIV yang lebih mahal daripada harga yang dianugerahkan oleh baginda.

"Saya sebagai Menteri Pertahanan mengambil tanggungjawab penuh atas keprihatinan yang ditunjukkan Sultan Ibrahim yang juga Kolonel Komandan Rejimen Gerak Khas yang membangkitkan isu ini dan saya akan pastikan siasatan dijalankan sehingga ke akar umbi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Tentera Laut Pasifik Barat (WPNS) ke-13 di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment