My Add

Saturday 8 September 2012

UMNO akan singkir anggota sabotaj parti - Muhyiddin

MUAR, SABTU, 08 September, 2012: Mana-mana anggota atau pemimpin UMNO yang didapati bertindak mensabotaj calon dalam pilihan raya umum (PRU) akan disingkir daripada parti.
Amaran keras itu disuarakan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin terutama terhadap mereka yang kecewa kerana tidak terpilih menjadi calon.

"Dalam pilihan raya akan datang kalau dia sabotaj, kita akan singkir dia keluar daripada parti, kita tidak perlukan orang sebegini, minta maaf.

"Presiden pun telah bersetuju, kami tidak memerlukan orang yang mensabotaj calon kerana kalau kalah calon, kalahlah kita," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Bakri di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment