My Add

Wednesday 12 September 2012

Wajar singkirkan ahli sabotaj parti - Shafie Apdal

KUDAT, SELASA, 11 September, 2012: Penyingkiran ahli UMNO yang didapati mensabotaj parti semasa pilihan raya akan datang adalah wajar sebagai usaha mendisiplinkan ahli parti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, tindakan itu adalah lazim dan ia dilakukan oleh mana-mana parti di negara lain dalam usaha memantapkan lagi perjuangan masing-masing agar tidak dijadikan ikutan oleh ahli lain.

"Kalau dalam perjuangan tidak diamalkan disiplin, maka ia akan dijadikan ikutan. Oleh itu, tindakan harus diambil kepada yang berkenaan.

"Adalah penting bagi kita untuk menerapkan nilai disiplin dalam kalangan ahli tanpa mengira kedudukan mereka.

"Kalau mereka terlibat secara langsung dan ada buktinya mereka ini boikot ataupun bertindak sehingga menjejaskan keupayaan kita menang pilihan raya, maka harus ada tindakan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment