Oleh FADZIL ZAINOL
KUALA LUMPUR, selasa, 18 Mac, 2014: Lembah Klang menghadapi masalah lebihan penawaran kondominium mewah, unit pejabat dan ruang pusat beli-belah ekoran bilangannya yang meningkat secara mendadak sejak lima tahun terakhir ini.
Kekosongan kediaman jenis kondominium mewah merekodkan paras paling tinggi berbanding segmen yang lain iaitu sekitar 32 peratus daripada 27,000 unit yang ditawarkan, terutamanya membabitkan saiz keluasan rumah yang kecil. Malah, dijangka kekosongan akan terus meningkat lagi berdasarkan jangkaan tambahan lebih 5,204 unit baharu pada tahun ini.
Pada masa sama, Lembah Klang dianggap yang dianggap sebagai nadi pertumbuhan ekonomi negara, masih mencatatkan kadar kekosongan unit pejabat sekitar 14 peratus daripada lebih 90 juta kaki persegi (8.36 juta meter persegi) keluasan ruang pejabat yang ditawarkan. Sementara kekosongan ruang pusat beli-belah 10 peratus daripada 44 juta kaki persegi (4.18 juta meter persegi) yang disediakan setakat hujung 2013.
Pengarah Urusan C H Williams Talhar & Wong Sdn. Bhd. (WTW), Foo Gee Jen berkata, lebihan itu sebenarnya lebih ketara di kawasan-kawasan di pinggir Kuala Lumpur yang kurang mendapat sambutan, namun purata isian unit hartanah di tengah-tengah Kuala Lumpur atau kawasan tumpuan ramai masih tinggi.
Katanya, keadaan itu sebenarnya disedari oleh pemaju hartanah dengan cuba mengambil langkah melambat-lambatkan pengenalan projek baharu bagi memastikan harga jualan atau sewaan kembali stabil.
"Namun kekosongan itu tidak mungkin menurunkan harga sesuatu unit hartanah secara drastik. Sebaliknya, pemaju hartanah mungkin memberi produk atau perkhidmatan nilai tambah secara percuma kepada penyewa atau pembeli bagi meningkatkan kadar jualan masing-masing," katanya semasa sesi pembentangan laporan Prospek Hartanah 2014 oleh syarikat konsultan hartanah itu di sini hari ini.
Menyentuh pemilikan rumah rakyat tempatan, Gee Jen berkata, usaha kerajaan memperkenalkan pelbagai peraturan pinjaman perumahan baharu dan Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) adalah baik bagi membendung kenaikan harga rumah terlalu mendadak.
"Disebabkan peraturan baharu ini, dijangkakan harga rumah akan tetap meningkat antara lapan hingga 10 peratus di bandar-bandar tumpuan dan lima hingga 8 peratus di kawasan bukan tumpuan.
"Walaupun meningkat, keadaan itu masih memadai dengan kenaikan gaji rakyat tempatan yang meningkat tidak lebih tujuh peratus setahun. Sebelum ini, kenaikan harga rumah antara 10 hingga 15 peratus setahun," katanya.
Ujarnya lagi, hasrat kerajaan memperkenalkan lebih banyak rumah mampu milik sedikit sebanyak memberi saingan hebat kepada pemaju hartanah swasta yang sering memfokuskan kediaman mewah.
Katanya, keadaan ini akan menyebabkan pemaju hartanah akan mula beralih kepada segmen kediaman mampu milik bagi meningkatkan jualan. - UTUSAN
![]() |

No comments:
Post a Comment