Saham Asia naik ekoran tamatnya krisis Ukraine
TOKYO, SELASA, 18 Mac, 2014: Bursa saham di Asia hari ini mencatatkan prestasi positif selepas ketegangan konflik tentera di Ukraine sedikit memulih, namun para pelabur tetap mengambil sikap berhati-hati bagi menunggu keputusan mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) minggu ini.
Mengikut laporan Reuters, prestasi Wall Street pada Isnin juga turut mempamerkan prestasi yang kukuh disebabkan faktor yang sama.
AS dan Kesatuan Eropah telah mengenakan sekatan termasuk pembekuan aset dan sekatan perjalanan ke atas sekumpulan kecil pegawai-pegawai Rusia dan Ukraine melalui pungutan suara hujung minggu lalu.
"Tumpuan seterusnya ialah ucapan oleh Presiden Rusia lewat hari ini. Jika beliau juga menghentikan aktiviti ketenteraan Rusia itu prestasi dolar berpotensi kembali melonjak," jelas Penganalisis Praevidentia Strategy, Masafumi Yamamoto di Tokyo.
Buat masa ini, selera pelabur kembali pulih disebabkan pemulihan konflik tersebut namun perhatian kembali terarah kepada prospek ekonomi AS berhubung keputusan mesyuarat Rizab Persekutuan AS.
Rizab Persekutuan itu dijangka akan terus mengurangkan aktiviti pembelian aset sebanyak AS$10 bilion (RM28 bilion). Pengurangan yang dilakukan melalui mesyuarat terdahulu telah menggugat prestasi bursa-bursa saham Asia.
Secara keseluruhan prestai Bursa Saham Jepun ditutup pada 14,411.27 mata iaitu meningkat 133.60 mata.
Bursa Malaysia hari ini ditutup pada 1,820.70 mata iaitu peningkatan 5.54 berbanding semalam.
Menurut laporan harian oleh JF Apex Securities Bhd., prestasi positif Bursa Malaysia itu didorong oleh pretasi baik kaunter perbankan seperti Public Bank, CIMB dan Ambank.
"Pretasi itu turut seiring dengan prestasi saham-saham utama di Wall Street, berikutan kelegaan konflik Ukraine-Russia. Bagaimanapun, dalam masa terdekat ini, pretasi Bursa Malaysia masih lagi bergantung kepada keputusan keputusan mesyuarat Rizab Persekutuan AS minggu ini," menurut syarikat penyelidikan pasaran itu. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment