My Add

Sunday, 16 March 2014

Jangan libat parti politik dalam pencarian MH370 - Zahid

HULU LANGAT, AHAD, 16 Mac, 2014: Semua pihak jangan mengaitkan soal kepartian politik dalam pencarian pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, operasi pencarian pesawat itu melibatkan nyawamanusia dan soal politik perlu diketepikan.

"Ini adalah soal keselamatan, kerajaan sudah berusaha sebaik mungkin (mencari MH370), jadi ketepikan soal politik dan mari sama-sama berdoa dan membantu," katanya pada sidang media selepas program sepetang bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di Kajang, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment