My Add

Sunday, 16 March 2014

Rosberg muncul juara Grand Prix Australia

MELBOURNE, AHAD, 16 Mac, 2014: Pemandu Jerman, Nico Rosberg yang mendahului perlumbaan sejak dari awal saingan memenangi perlumbaan pembukaan musim Grand Prix Australia buat Mercedes di sini hari ini.

Rosberg menewaskan pelumba Australia, Daniel Ricciardo yang kali pertama memandu jentera Red Bull di kedudukan kedua, dengan pemandu McLaren yang membuat kemunculan pertama, Kevin Magnussen berada di tangga ketiga.

Juara dunia, Sebastian Vettel dan Lewis Hamilton yang menempah petak pertama pada sesi kelayakan, semalam, gagal menamatkan perlumbaan kerana masalah mekanikal pada jentera masing-masing. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment