![]() |
* ROBINHOOD Simanjuntak (kiri), abang kepada Surti Dahlia salah seorang penumpang pesawat MH370 meninggalkan pekarangan Hotel Everly bersama isterinya, Delfi Siagian untuk pulang ke Medan, Indonesia di Putrajaya, semalam. |
Abang kepada penumpang tersebut, Surti Dahlia, 50, Robinhood Simanjuntak berkata, beliau berpuas hati dengan kesungguhan kerajaan Malaysia kerana tiada kenyataan dan maklumat yang diselindung daripada ahli keluarga.
Beliau masih menaruh harapan tinggi agar kesemua penumpang pesawat berada dalam keadaan selamat dan kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.
"Saya tahu kerajaan Malaysia melakukan yang terbaik dan mendoakan keselamatan adik perempuan saya dan semua orang dalam kapal terbang itu.
"Kami masih menaruh harapan tinggi, namun jika ada sesuatu di luar batasan berlaku, kita terpaksa terima hakikat itu dengan reda," katanya kepada pemberita selepas mendaftar keluar dari Hotel Everly di sini hari ini.
Jelas Robinhood, dia dan isteri terpaksa pulang ke Medan selepas mendapat panggilan telefon daripada polis Medan semalam.
"Saya akan pulang ke Indonesia bagi membantu siasatan pihak polis berikutan saya orang terakhir yang Surti lawat, malah dia berada selama seminggu di Medan.
"Esok polis akan ke rumah dan kami akan kembali semula ke Malaysia jika ada berita baharu tentang pesawat terbabit," ujarnya yang mengakui tidak pernah putus berdoa demi keselamatan penumpang MH370. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment