My Add

Wednesday, 19 March 2014

Kawasan pencarian seluas 2.24 juta persegi
SEPANG, SELASA, 18 Mac, 2014: Operasi mencari pesawat MH370 di koridor Utara dan Selatan meliputi kawasan seluas 2.24 juta persegi batu nautika.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, operasi mencari kini tumpu pada empat perkara iaitu mengumpul maklumat pemantauan satelit, analisis data radar, penambahan aset udara dan darat serta penambahan pakar teknikal.

Katanya, dua buah lagi kapal laut Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dihantar untuk operasi mencari MH370 di koridor Selatan.

Dalam pada itu beliau berharap semua pihak tidak mempolitikkan kehilangan MH370 sejak 8 Mac lalu ketika dalam perjalanan ke Beijing.

``Sebaliknya ketepikan perbezaan pendapat dan bersatu dalam pencarian pesawat itu,'' katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment