Pelan catuan air tetap diteruskan-Syabas
KUALA LUMPUR, SELASA, 18 Mac, 2014: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) tetap meneruskan pelan catuan bekalan air peringkat pertama dan ketiga seperti yang dirancang, walaupun hujan turun di beberapa kawasan tertentu sejak beberapa hari lalu.
Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awamnya, Priscilla Alfred berkata, keputusan itu dibuat sehingga ada arahan atau pindaan yang diterima daripada kerajaan negeri Selangor dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment