Penambahbaikan PBS: Guru tidak perlu isi data penguasaan murid
KUALA LUMPUR, SELASA, 18 Mac, 2014: Guru-guru tidak perlu lagi mengisi data penguasaan murid secara atas talian berikutan pelaksanaan langkah-langkah penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mulai 1 April ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, guru-guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara `offline' menerusi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS).
Beliau yang juga Menteri Pendidikan menjelaskan, langkah itu adalah bagi memastikan para guru memberi fokus terhadap pengajaran dan
pembelajaran.
"Oleh kerana bilangan pernyataan deskriptor dan evidens telah dikurangkan, secara automatik guru-guru tidak akan dibebankan dengan
kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat," katanya pada sidang akhbar tentang penambahbaikan PBS di bangunan Parlimen hari ini.
Selain itu, Muhyiddin turut mengumumkan pelaksanaan Pentaksiran
Tingkatan Tiga (PT3) bagi menggantikan peperiksaan Penilaian Menengah
Rendah (PMR).
Langkah-langkah penambahbaikan PBS yang lain adalah:
* Kementerian Pendidikan telah menetapkan Dokumen Standard Prestasi
(DSP) dipermudahkan menjadi Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid.
* Guru tidak lagi perlu menyediakan Fail Perkembangan Murid (FPM) dan
melengkapkan Rekod Transit. Perekodan perkembangan pembelajaran murid
boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment