My Add

Friday 18 May 2012

Geng samun kedai 7-Eleven ditahan di Johor Bahru

JOHOR BAHRU, JUMAAT, 18 Mei, 2012: Lima lelaki termasuk pelajar Tingkatan Tiga yang dipercayai aktif menyamun kedai serbaneka 7-Eleven di sekitar bandar raya ini ditahan semalam. 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob, berkata mereka yang menaiki sebuah kereta Perodua Myvi ditahan berhampiran Terminal Larkin Sentral oleh dua kereta peronda polis kira-kira jam 1 petang.

"Polis menemui empat parang yang disorokkan di bawah tempat duduk penumpang kereta berkenaan. Kelima-lima mereka sebelum itu dipercayai menyamun sebuah kedai rangkaian 7-Eleven di Taman Mount Austin di sini kira-kira jam 5 pagi," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di sini, hari ini.

Zainuddin berkata, mereka yang berumur 15 hingga 20 tahun dipercayai turut terbabit dalam kejadian yang sama di Seri Alam dan Nusajaya. 

Mereka kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment