*SURIANI Abdul Wahab (tengah) yang melarikan diri ke Lombok, Indonesia empat tahun lalu menangis gembira setibanya di LCCT, Sepang, malam tadi.
SEPANG, SELASA, 29 Mei, 2012: Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) tidak lagi akan memberi tumpuan membawa pulang gadis tempatan yang melarikan diri bersama jejaka warga asing ke luar negara pada masa depan.
Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, keputusan itu perlu bagi membolehkan KP1M memberi tumpuan kepada usaha membantu rakyat tempatan yang menghadapi masalah kehidupan kritikal.
Beliau berkata, ia juga bagi mendidik bukan hanya para gadis agar berhati-hati dalam menjalin hubungan cinta dengan jejaka asing, bahkan ibu bapa supaya bertindak bijak dalam menangani percintaan anak gadis mereka.
"Kita mahu perlahankan sedikit usaha yang sudah masuk kali ke-51 ini kerana banyak lagi perkara lain yang patut kita lakukan seperti yang menyentuh mengenai kesihatan, ekonomi, pelajaran dan sebagainya," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment