KUALA LUMPUR, SELASA, 29 Mei, 2012: Formula kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membangunkan ekonomi, politik, sosial dan budaya di negara ini tidak perlu dipertikai lagi kerana ia membawa kestabilan dan memberi keselesaan kepada semua pihak.
Pakar sejarah, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, jika pihak tertentu berterusan mahu menguji pencapaian pentadbiran sedia ada dengan berkeinginan untuk melihat kerajaan baru yang tidak berpengalaman memerintah, maka negara akan hancur.
"Meskipun terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki terutama melibatkan dasar, kita perlu berpuas hati kerana negara berada dalam keadaan stabil, popular, memiliki modus operandi yang terbaik dalam pembangunan, komitmen tinggi dan mempunyai ketua negara yang berkualiti.
"Bagi golongan yang suka bereksperimen, mereka tergolong dalam kalangan yang sukakan populariti. Mereka gemar melihat kesan daripada perbuatan tersebut sama ada wujud penyokong atau tidak, tetapi hakikatnya golongan ini tidak ada hala tuju," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini....
No comments:
Post a Comment