My Add

Wednesday 30 May 2012

Rakyat mesti sokong usaha kerajaan

*HASAN Malek (tengah) menyampaikan sijil penyertaan kepada seorang peserta sambil diperhatikan oleh Pengarah Infra, Mohd. Shafie Jusoh (kiri) pada Majlis Penutup Konvensyen Gerakan Daya Wawasan Kepada Penggerak Semenanjung di Institut Kemajuan Desa, Bandar Baru Bangi, Selangor, semalam.

KUALA LUMPUR, SELASA, 29 Mei, 2012: Usaha kerajaan memacu negara sehingga berjaya mencapai kemajuan seharusnya disokong rakyat kerana proses pembangunan sesebuah negara memerlukan masa panjang.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek berkata, sepanjang 55 tahun kemerdekaan Malaysia telah mencapai pelbagai kemajuan dan kemodenan dari pelbagai sudut termasuk pembangunan bandar dan luar bandar.

Menurutnya, pelbagai dasar telah diperkenalkan kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), pembukaan tanah rancangan dan penekanan dari aspek pendidikan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment