My Add

Thursday 31 May 2012

Azmin nafi, minta rujuk buku Shafee Yahaya

KUALA LUMPUR, RABU, 30 Mei, 2012: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali menafikan dakwaan rasuah membabitkan beliau pada penghujung 1990-an dahulu dengan mengatakan ia sebagai satu tuduhan tidak berasas.

Namun, beliau tidak menjelaskan perkara itu secara mendalam tetapi hanya meminta salah seorang pengikut laman mikro Twitternya supaya merujuk kepada buku bekas Ketua Pengarah Badan Pencegahan Rasuah (BPR), Datuk Shafee Yahaya mengenai tuduhan tersebut.

"Tidak berasas. 17 tahun dulu. Baca buku Datuk Shafee Yahaya bekas Ketua Pengarah BPR," katanya menjawab rakan Twitternya yang menggunakan nama @AwanSaffuanhari ini.

@AwanSaffuan meminta Azmin mengulas pendedahan pengendali portal propembangkang, Raja Petra Kamaruddin mengenai kes rasuah yang didakwa melibatkan beliau pada 1995 ketika bertugas sebagai Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan gaji RM2,442 sebula.

Raja Petra juga mendakwa Anwar selaku Timbalan Perdana Menteri ketika itu mengarahkan pegawai kanan BPR menghentikan siasatan berhubung kekayaan jutaan ringgit yang dimiliki Azmin dan isteri, Shamsidar Taharin.

Sementara itu, Azmin setakat 7.30 malam ini tidak memberikan sebarang reaksi kepada seorang lagi pengguna Twitter, @ERIC_KSLAW yang meminta beliau membersihkan namanya di atas tuduhan rasuah tersebut.

"Bersihkan nama anda. Jangan berselindung di sebalik topeng reformis kamu," kata@ERIC_KSLAW. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment