My Add

Thursday 31 May 2012

Dokumen aset RM30 juta Azmin, Shamsidar didedahkan

*UMMI Hafilda Ali menunjukkan muka hadapan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 29 Oktober 1999 yang memaparkan Anwar Ibrahim mengawal selia akaun RM3 bilion semasa sidang media khas berhubung pembabitan Azmin Ali berkaitan pemilikan aset di Damansara, Petaling Jaya, semalam. Gambar kecil salinan slip bank tertera nama Azmin Ali bagi urusan kewangan di sebuah bank pada 1992.

KUALA LUMPUR, RABU, 30 Mei, 2012: Ahli Perniagaan, Ummi Hafilda Ali buat pertama kali mendedahkan salinan dokumen sebahagian aset yang dimiliki oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali serta isterinya, Shamsidar Taharin yang bernilai lebih RM3O juta.

Dokumen berkenaan iaitu salinan pembelian syer, deposit bank, resit pembayaran perabot serta salinan penyata dalam beberapa akaun bank itu merupakan sebahagian harta yang dimiliki Azmin dan Shamsidar dalam tempoh dua tahun iaitu 1992 hingga 1994.

Ummi Hafilda memberi tempoh dua minggu kepada Azmin dan Shamsidar untuk membuat laporan polis terhadapnya sekiranya dokumen itu palsu atau beliau sendiri akan menyerahkan dokumen tersebut kepada polis selepas tempoh tersebut.

Kata Ummi Hafilda, beliau juga meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memandang serius kes tersebut kerana aset itu diperoleh Azmin dan Shamsidar semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment