My Add

Wednesday 30 May 2012

Jawapan Wan Azizah, Shamsidar ditunggu

PULAU PINANG, SELASA, 29 Mei, 2012: Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Aminah Abdullah masih tertunggu-tunggu kesediaan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Shamsidar Taharin untuk mengadakan sidang akhbar bersama seperti dicadangkannya sebelum ini.

Aminah berkata, sidang akhbar tersebut penting bagi menyangkal semua dakwaan bahawa suami Wan Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang biseksual selain mempunyai hubungan sulit dengan Shamsidar yang merupakan isteri kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Menurutnya, sehingga kini tiada siapa yang menyangkal dakwaan Datuk S. Nallakaruppan itu selain daripada tindakan saman oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Surendran bagi menutup mulut Ahli Dewan Negara tersebut.

"Sidang akhbar bersama juga adalah peluang yang amat baik bagi Shamsidar menceritakan segala 'rahsia' yang dia tahu kepada Wan Azizah dan wartawan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment