My Add

Wednesday 30 May 2012

Semak status permohonan TEVT, ILKA hari ini

PUTRAJAYA, RABU, 30 Mei, 2012: Semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) boleh mula menyemak status permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bermula pukul 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Dr. Rujhan Mustafa berkata, semakan boleh dibuat menerusi laman web http://upu.mohe.gov.my; talian hotline 03-88706767; talian helpline 03-8870677 dan khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU TEVTILKA (no. MyKad) dan SMS ke 15888.

"Bagaimanapun, untuk keputusan hari ini, semua pemohon hanya boleh menyemak status manakala untuk mencetak dan mengesahkan menerima surat tawaran boleh berbuat demikian pada 4 Jun ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN 


No comments:

Post a Comment