PULAU PINANG, SELASA, 29 Mei, 2012: Barisan Nasional (BN) sebelum ini merancang membina sembilan lebuh raya lebih menyeluruh bagi menaik taraf sistem pengangkutan, sekali gus menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di bahagian pulau negeri ini.
Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow berkata, berbanding tiga lebuh raya dan terowong dasar laut yang diumumkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, perancangan tersebut adalah jauh lebih baik dan teliti bagi mengatasi masalah trafik untuk jangka masa panjang.
Katanya, rancangan berkenaan sebenarnya telah disiapkan sebelum pilihan raya umum lalu dan diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya untuk diluluskan dalam mesyuarat Majlis Perbandaran Pulau Pinang.
"Namun, ia ditangguhkan setelah Pulau Pinang diambil alih oleh DAP pada pilihan raya umum lalu," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment