My Add

Thursday, 31 May 2012

Pembangkang cetus huru-hara jika kalah PRU-13

KUALA LUMPUR,  RABU, 30 Mei, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak menolak kemungkinan pembangkang akan menggunakan semula taktik reformasi untuk mencetuskan huru-hara sekiranya keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) memihak kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, berdasarkan kecenderungan pembangkang yang tidak berhenti mempertikaikan kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengendalikan pilihan raya, Perkasa percaya rusuhan akan menjadi jalan terakhir pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan.

"Kita tidak boleh menolak kemungkinan rusuhan boleh berlaku berdasarkan tindak-tanduk mereka yang sentiasa menanam persepsi kononnya SPR tidak telus dalam mengendalikan pilihan raya.

"Ia mungkin menjadi jalan terakhir pembangkang untuk berkuasa iaitu dengan cara menggulingkan kerajaan secara tidak sah di sisi undang-undang," katanya selepas Mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi Perkasa di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment