KUALA LUMPUR, SELASA, 29 Mei, 2012: Sebanyak 20 syarikat-syarikat milik kerajaan (G20) di bawah Transformasi GLC terus menyaksikan pertumbuhan kukuh sejak lapan tahun lalu apabila mencatatkan pertumbuhan pendapatan bersih kepada RM20.1 bilion bagi tahun kewangan 2011.
Prestasi teguh itu memperlihatkan kenaikan pendapatan bersih sebanyak 18.2 peratus setahun berbanding RM9 bilion pada 2004, menurut laporan Jawatankuasa Putrajaya Mengenai Prestasi Tinggi GLC (PCG).
Modal pasaran bagi G20 sejak lapan tahun lalu melepasi dua kali ganda kepada RM319 bilion berbanding RM140 bilion.
"Program yang dilaksanakan pada 2005 terus merekodkan kejayaan menjadikan GLC kekal sebagai trajektori pertumbuhan dan menjadi dasar yang terus kukuh," kata laporan itu.
G20 juga mencatatkan kenaikan pulangan ke atas ekuiti sebanyak 11.8 peratus pada tahun kewangan 2011 berbanding 10.6 peratus pada tahun sebelumnya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment