My Add

Wednesday 30 May 2012

Tokoh agama kesal pernah terlibat berjuang dengan Pas

TUMPAT, SELSA, 29 Mei, 2012: Seorang tokoh agama di negeri ini melahirkan rasa kesal kerana pernah terlibat dalam perjuangan Pas yang menggunakan 'syurga dan neraka' untuk meraih sokongan rakyat.

Mudir Pondok Lambor, Mohd. Zin Abu Bakar berkata, beliau menyedari penyelewengan yang dibawa oleh Pas itu selepas melihat pemimpinnya semakin ghairah menggunakan ayat-ayat al-Quran dan hadis untuk menghalalkan cara.

Menurut beliau, tiada sesiapa pun yang boleh menghukum mana-mana individu untuk masuk syurga atau neraka di akhirat kelak.

"Saya menyedari terlalu banyak penyelewengan agama yang dilakukan oleh Pas sejak bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Muhammad Nasir dipecat daripada jawatannya pada 1978. Muhammad adalah seorang pemimpin yang baik.

"Sejak itu saya menyedari Pas semakin menyimpang dan hari ini saya menyeru umat Islam supaya menolak Pas kerana ia semakin jauh daripada perjuangan Islam sehingga sanggup menolak perpaduan dengan saudara seagama," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment