My Add

Saturday 5 May 2012

Hak, kebebasan rakyat berdasar demokrasi harus dihormati

TELUPID, SABTU, 05 Mei, 2012: Hak dan kebebasan rakyat berdasarkan demokrasi yang diamalkan di negara ini harus dihormati bagi mengekalkan perpaduan dan keamanan. 

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee, berkata ini memerlukan kebebasan yang diberi dilakukan mengikut acuan bagi mengelakkan ia diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk menimbulkan kekacauan bagi kepentingan tertentu.

Katanya, demokrasi jangan disalah guna dan rakyat harus matang dalam menilai demokrasi berpandukan rakyat majmuk.
"Pengalaman baru-baru ini harus dijadikan pengajaran bahawa demonstrasi dan rusuhan bukan cara baik untuk menyelesaikan sesuatu isu. 

"Kerajaan sentiasa memberi jalan terbaik untuk mengatasi masalah yang membabitkan kepentingan rakyat," katanya ketika berucap merasmikan Program Penghayatan 1Malaysia anjuran Jabatan Penerangan Sabah di sini, hari ini. 

Ronald yang juga Anggota Parlimen Beluran berkata, kerajaan hari ini mengamalkan konsep terbuka dan sensitif dengan kehendak rakyat dengan melaksanakan program mengikut naluri rakyat. 

Katanya, ini termasuklah memansuhkan beberapa undang-undang dan ordinan mengikut kehendak rakyat dan keperluan semasa antaranya membabitkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment