My Add

Sunday 6 May 2012

Kelindan terbunuh, lori bertembung treler

*ORANG ramai membantu seorang mangsa yang cedera selepas terlibat dalam nahas melibatkan sebuah lori dan treler di pekan Rantau, Negeri Sembilan, semalam.


Oleh Farabi Sheikh Said al Jabri

SEREMBAN, SABTU, 05 Mei, 2012: Seorang kelindan lori warga India terbunuh, manakala rakannya cedera parah selepas kenderaan mereka bertembung dengan sebuah treler di pekan Rantau dekat sini hari ini.

Dalam nahas yang berlaku kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa K. Senthaivel, 37, maut di tempat kejadian ekoran kecederaan parah di bahagian kepala dan badannya.

Jurucakap polis memberitahu, ketika kejadian, mangsa bersama dua lagi rakannya yang menaiki lori tanpa muatan itu dikatakan dalam perjalanan dari Rantau menuju ke Linggi.

Setibanya di lokasi kejadian, lori itu bergesel dengan sebuah motosikal lalu terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah treler tanpa muatan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment