My Add

Sunday 6 May 2012

Kerja berpasukan pastikan kemenangan besar BN - PM

KUANTAN, AHAD, 06 Mei, 2012: Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, semangat bekerja secara berpasukan dan bekerjasama akan memastikan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 kelak.

Perdana Menteri berkata, bergerak secara bersendirian tidak akan membantu seseorang ahli parti memenangi pilihan raya berkenaan secara keseluruhannya.

"Seperti sukan, kita perlu mesti (kerja) berpasukan bagi memastikan kemenangan untuk diri dan pasukan. Dalam politik kita tidak boleh menang sekiranya kita bersendirian, mesti bekerja sebagai satu pasukan," katanya ketika berucap pada majlis penutup Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Malaysia (PTIWRBNM) 2012 di sini, malam tadi.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor selaku Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahmad serta beberapa Menteri Kabinet yang hadir memberi sokongan kepada isteri masing-masing dalam program yang berlangsung lima hari melibatkan acara badminton dan boling.

Najib berkata, semangat bekerja secara berpasukan dan kerjasama sesama ahli parti itu menunjukkan ahli-ahlinya merupakan satu keluarga yang rapat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment